assalamualaikum..
ari ni nk share something kt korg..
mmg aku suke sgt dgn kate kate ni..
ari ni nk share something kt korg..
mmg aku suke sgt dgn kate kate ni..
tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan terhiris
tapi akan terase INDAH ketika kite menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi
agar Allah memindahkan kebaikan kebaikan orang yang menyakiti kita
tidak MUDAH bangkit dalam keadaan yang lemah
tapi akan terase INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya
agar kita sentiasa tabah dan kuat
tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan
tapi akan TERASA indah ketika kita dapat membahagiakan orang lain
agar diri terase lebih bahagia
tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan dihina
tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian daripada penyucian diri
agar diri kita ikhlas dalam menggapai redha Ilahi
tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika masih bersedih dengan memikirkannya
tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita
tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan
tapi akan trase INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh
untuk mengecapi kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya
tidak MUDAH menghilangkan DUKA kerana kehilangan
tapi akan terasa INDAH ketika menyedari bahawa Allah telah meminjamkan kepade kita beberapa saat
tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera
tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur
dan menyedari itu adlaah sebahagian daripada cara Allah menyayangi hambaNya
seperti Allah menyayangi para Nabi dan RasulNya
info : pemaniskata.blogspot
No comments:
Post a Comment