Tuesday 1 November 2011

sampah terindah


sebuah kertas menjadi sampah
sampah d awal langkah
sampah fitrah
sampai madah

jari jemari rancak mengutip dari aras paling bawah
debu d alih
cela d musnah

sampah sekeping kertas diperindah
seindah mawar ranum mekar
kembang merah gemilau sinar

d dada sebuah sampah
d ukir sebuah lukisan hati
setiap inci ade torehan warna pelangi
d bingkai ade jalur air sejernih air perigi
ada cahaya menjadi inti
ada kegembiraan menjadi isi
siapa pun melihat pasti menari
hati d hias dengan sayang
jari-jemari sudahkan dengan senyuman
lukisan tergantung d puncak kebahagiaan

dan si bodoh melihat dan menilai
memaut mesra jari-jemari seni handal
mata bersinar
mulut memuji
pujian berlegar 100 hari
namun bila ketahuan ia sebenarnya dari sampah 
lukisan terus d ludah

memberi harapan sebelum mencela
baginya sampah tetap sampah 
ia tetap jadi sesuatu yang tiada harapan
kudis jalanan yang wajar disingkirkan
tiada istilah sampah terindah

duhai si pemberi harapan sunyi
pemberi perhatian yang pudar kesudahan
sampah itu hidup berdestinasi
ia bangkit dari belukar berduri
matlamat hidup lagi berkilau dari jauhari

walau bukan sesuci sufi
lautan api tak terlangkau leh kaki
usah terpautkemas dek diskriminasi
hinaan jangan dilaung bergunung
kerana jiwa yang tersadung 
tak mungkin terawat dek ilmu perubatan segulung

p/s : ada sesetengah orang fikir mereka terlalu mulia,.;tidak salah memberi harapan kedua krn kite juge manusia biase..manusia yg membuat skali lg kesilapan..hidup ini jgn terlalu mudah jd PENGHUKUM..!




No comments: